Malam ini, seperti yang di ketahui ramai. Manchester United akan bertemu dengan Liverpool dalam perlawanan liga. United pada ketika berada di tangga ke 2 liga, 2 mata di belakang pendahulu iaitu Manchester City manakala Liverpool pula di tempat ke 7, 16 mata di belakang United. Memang jauh beza la kan. haha. So, jom kita usha apa yang menarik malam ni.
1) Evra Vs Suarez
Suarez telah pun digantung 8perlawanan akibat menimbulkan isu perlawanan terhadap Evra sewaktu perlawanan liga pusingan pertama dahulu. Ini amat menarik untuk dilihat pada malam ini kerana Evra akan mengetuai United sebagai kapten pada perlawanan malam ini.
2) Cleverley Pulih Dari Kecederaan
Admin amat meminati Cleverley. Hantaran pendeknya amat baik dan hantaran 1 - 2 bersama Welbeck amat membantu United dalam serangan. Cleverley dikhabarkan telah pulih dan cergas untuk bermain pada malam ini. Pada pendapat admin, terlalu awal untuk United menurunkan Cleverley. Cleverley mungkin hanya diturunkan pada sebagai pemain simpanan malam ini.
3) Welbeck atau Chicharito
Ramai yang berdebat tentang siapakah yang patut diturunkan oleh SAF untuk berpasangan dengan Wayne Rooney dibahagian serangan United. Secara jujurnya admin lebih sukakan Chicharito yang lebih pantas berbanding Welbeck untuk perlawanan bertempo tinggi seperti malam ini dan penyudahnya juga lebih tajam berbanding Welbeck.
4) Formasi
United akan mengekalkan formasi sama sewaktu menentang Chelsea. Seperti biasa united akan menyerang melalui sayap iaitu Young dan juga Valencia. Admin merasakan Young akan bermain lebih baik pada hari ini memandangkan beliau tidak berapa cergas sewaktu perlawanan menentang Chelsea. So, formasi seperti dibawah ok.
David De GEa
Rafael - Ferdinand - Evans - Evra
Valencia - Carrick - Giggs - Young
Hernandez - Rooney
5) Kecederaan
Seperti biasa United mempunyai jumlah kecederaan yang lebih ramai berbanding Liverpool. Liverpool hanya kehilangan Lucas akibat kecederaan dan United lebih ramai seperti Vidic, Flecther, Nani , Lindegaard dan lain-lain
No comments:
Post a Comment