1) Ashley Cole Vs Valencia
Valencia merupakan pemain terbaik United pada ketika ini setelah menjaringkan beberapa goal dan meng"asssist"kan beberapa jaringan dalam beberapa terakhir United. Sangat menarik untuk melihat Ashley Cole mengawasi Valencia dalam perlawanan ini. Tetapi dalam perlawanan ini, Ashley Cole tidak dapat bermain kerana mengutip kad merah sewaktu bertemu Swansea selasa lalu. So agak mudah untuk Valencia menembusi pertahanan kiri Chelsea yang kehilangan Ashley Cole. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, hanya Ashley Cole yang bermain untuk Chelsea di posisi itu dan juga Yuri Zhirkov tetapi Zhirkov telah pun dijual. Admin menjangkakan Bosingwa akan bermain diposisi itu malam ini.
2) Kecederaan Chelsea vs Kecederaan United
Kedua-dua pasukan menghadapi krisis kecederaan tetapi kecederaan pemain United lebih ramai berbanding Chelsea. United kehilangan Cleverley,Lindegaard,Fletcher,Vidic, Owen dan lain-lain.
Chelsea pula akan kehilangan kapten mereka iaitu John Terry akibat kecederaan. Mereka juga kehilangan Ramires dam Mikel. United mempunyai kelebihan kerana mempunyai lebih ramai pemain dibangku simpanan manakala Chelsea hanya mempunyai pemain muda yang kurang pengalaman dibangku simpanan seperti Hutchitson,Clalobah, Bertrand dan lain-lain. Mesti korang tak pernah dengar nama player-player Chelsea tu
kan..
3) Nani, Young dan Rooney pulih dari kecederaan
Nani, Young dan Rooney telah pulih dari kecederaan. Admin merasakan yang Rooney dan Nani akan diturunkan dalam perlawanan ini untuk memberikan tekanan kepada pertahanan Chelsea yang kehilangan Cole dan Terry. Young pula akan berada dibangku simpanan dan hanya akan dimasukkan jika United terdesak untuk menang. Tak percaya korang tengok la malam ni. haha.
4) Krisis penjaga Gol
Lindegaard akan disisihkan untuk sebulan manakala prestasi De Gea agak goyah pada waktu ini. De Gea telahpun pulih daripada kecederaannya dan mungkin akan diturunkan pada perlawanan malam ini. Pada pendapat admin SAF haruslah memberi peluang membina semula peluang kepada DDG kerana beliau menpunyai potensi besar untuk berjaya di BPL. SAF juga menpunyai pilihan lain iaitu Ben Amos yang kurang pengalaman dalam perlawanan besar.
5) Formasi
Admin menjangkakan United akan turun seperti formasi dibawah:
David De Gea
Smalling/Rafael - Rio - Evans - Evra
Valencia - Carrick - Giggs - Nani
Hernandez - Rooney
No comments:
Post a Comment