Hai uolls..
United dikatakan tidak meneruskan minat mereka terhadap Mateo Kovacic kerana harganya yang terlalu tinggi. Pemain yang berasal dari Croatia itu merupakan pemain playmaker yang berbakat kerana baru berusia 17 tahun ketika beliau dapat menyertai skuad utama Dinamo Zagreb. Memang power la kan baru umur 17tahun dah main skuad utama. Kovacic juga membantu pasukannya dalam kejohanan Liga Juara Eropah untuk musim ini.
United dikatakan tidak mahu membelanjakan wang untuk pemain yang belum terbukti keupayaannya di peringkat tertinggi. Selain United, seperti biasa la. City juga dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain ini. Setelah United tidak meneruskan minat mereka terhadap pemain ini, City dikatakan mempunyai peluang yang tinggi untuk mendapatkan pemain ini. Untuk yang tak kenal Mateo Kovacic. Boleh usha gambar kat bawah k. Tatata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment