Mesti ramai yang kenal Park Ji sung kan. Kalau beli Mister Potato mesti ada muka dia. Haha.Park Ji Sung merupakan pemain utama Manchester United yang mewakili Korea Selatan di pentas antarabangsa. Park telah pun mengumumkan persaraannya di peringkat antarabangsa dan menumpukan kariernya bersama Manchester United sahaja.
Korea Selatan kelihatan terdesak untuk menyelamatkan kempen kelayakan Piala Dunia mereka setelah mereka tewas ketika perlawanan menentang Lebanon baru-baru ini. Park berkata yang dia tidak pernah terfikir untuk kembali beraksi bersama Korea Selatan selepas mengumumkan persaraan. Dia juga menegaskan bahawa situasi sukar yang dihadapi oleh Korea Selatan dalam kempen Kelayakan Piala Dunia mungkin tidak dapat diatasi jika pemain sepertinya kembali dari persaraan. Akhir kata, annyeong haseyo untuk Park. Haha
No comments:
Post a Comment