Fergie berkata dia tidak menjangkakan Darren Fletcher akan kembali pulih dari kecederaan dalam waktu terdekat. Chronic bowel complaint adalah penyakit yang dihidapi oleh Fletcher. Admin pun tidak berapa familiar dengan penyakit tersebut dan pada pendapat admin ianya berkaitan dengan usus ataupun bahagian organ dalaman manusia.
Ini merupakan kehilangan besar untuk Man Utd dibahagian midfield kerana Fletcher merupakan antara watak utama untuk United dalam 2-3tahun kebelakangan ini. Fletcher akan disisihkan oleh sehingga akhir musim ini. Fletcher merupakan pemain kedua United yang akan disisihkan sehingga akhir musim ini selepas Nemanja Vidic. Nemanja Vidic terpaksa disisihkan setelah terpaksa menjalani pembedahan dibahagian kaki akibat kecederaan yang dialami ketika menentang FC Basel. Semoga kedua-dua pemain ini cepat sembuh ye.
No comments:
Post a Comment